Mari Berkongsi Idea

Showing posts with label faris-nikoncanon. Show all posts
Showing posts with label faris-nikoncanon. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Adakah perlu anda berbelanja mahal untuk DSLR?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, ini persoalan yang sering diketegahkan oleh segelintir orang yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang photography. Tahukah anda memang ada perbezaan antara kamera mahal dan kamera murah. Contohnya jika kamera murah, kualiti binaannya hanya terdiri daripada reinforce plastic (plastik kukuh). Tetapi bagi kamera yang mahal-mahal semestinya kualiti binaannya sahaja sudah cukup untuk melambangkan harganya, ini kerana kamera mahal diperbuat dari titanium aloy diselaputi getah tahan lasak, kamera jenis ini juga mempunyai 'seal' disekelilingnya, untuk menjadikan ia kalis cuaca ( bukan boleh direndam dalam air sesuka hati). Contohnya nikon d700,s, d300,s, d3s, x, canon 5d , canon eos 50d dan banyak lagi contoh-contoh ;lain.Dan pada kebiasaanya, kamera jenis ini dilengkapi dengan banyak button short cut dibahagian luarnya, sebenarnya fungsinya sama sahaja dengan kamera entry level cuma short cut ini bertujuan untuk memudahkan photographer setting kamera dengan kadar segera. Ada sebahagian daripada kamera jenis ini tidak mempunyai buit in flash, ini kerana, bagi photographer profesional, built in flash tidak mempunyai banyak setting untuk menjadikan hasil gambar yang lebih kreatif, oleh itu external flash diperlukan bagi flash photography. Tetapi tidak semestinya kamera yang murah itu tidak cantik gambarnya, contohnya kamera nikon d40x dan nikon d80, d5000 dan d90, mereka menggunakan sensor yang sama , jadi hasil gambarnya adalah sama. Bezanaya kamera murah tidak mempunyai built in motor untuk keja-kerja memfokus (bagi nikon). Jadi masalah untuk menggunakan lens yang murah yang tidak mempunyai fokus motor adalah mustahil sama sekali, jadi anda hanya boleh menggunak manual fokus sahaja. Tetapi kebanyakan lens yang ada dipasaran sekarang sudah banyak yang dilengkapi auto fokus motor, tetapi harganya yang sedikit mahal itu kadangkala menjadi penghalang bagi peminat-peminat photography yang beginner. Saya juga menggunakan kamera yang murah, nikon d40x. Tetapi hasil gambar yang baik bukan bergantung kepada harga kamera yang anda gunakan. Renungkanlah,