Mari Berkongsi Idea

Tuesday, July 13, 2010

Perlukah anda mencuci sensor?

Ye persoalan ini memang ada dikalanagan kalian, jawapanya, tidak. Mengapa? kerana pada saya selagi gambar yang dihasilkan kamera tidak distort (rosak). Maka kita tidak perlu mencucinya, perhatian, jangan sekali-kali sentuh sensor kamera anda kerana ia mungkin akan membuatkannya calar, sensor ini umpama bebola mata anda, jika anda kesat mata anda, anda akan rasa pedih dan berair, dan pandanagan anda akan menjadi kabur.Begitu juga halnya dengan sensor kamera ini, jika anda kesatkanya walaupun menggunakan kain yang lembut sekalipn, risiko calar sangat tinggi, dan hasilnya gambar anda tidak akan menjadi. Seelok-eloknya hantarkan ia kepada pusat servis kamera, kerana mereka ada warranty.Antara tanda-tanda sensor kamera anda masuk habuk, terdapat kesan bintik-bintik pada gambar, cuba perhatikan gambar dibawah ini.
Jika di perhatikan dengan teliti gambar di atas mempunyai bintik-bintik asing, sekiranya kamera anda mempunyai simptom-simptom seperti ini, maka lebih baik anda hantar ke pusat servis dan bersihkan sensor anda.
Tetapi, bagi yang kekurangan budget, anda boleh cuci sendiri sensor kamera anda dengan menggunakan turbo blower. Anda picit-picitkan ia dan angin yang agak bertekanan akan membersihkan sensor anda, penggunaan pita selofan juga boleh menghilangkan bintik-bintik ini, Bagaimana? mudah sahaja, anda lekatkan pita selofan pada sensor anda, dan dengan berhati-hati tarik perlahan-lahan, insyaallah habuk-habuk akan melekat pada pita selofan tersebut,( PERHATIAN!!, SEMUA TEKNIK-TEKNIK INI TELAH DICUBA OLEH PENULIS, SEBARANG KEROSAKAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI).

Monday, July 12, 2010

Adakah perlu anda berbelanja mahal untuk DSLR?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, ini persoalan yang sering diketegahkan oleh segelintir orang yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang photography. Tahukah anda memang ada perbezaan antara kamera mahal dan kamera murah. Contohnya jika kamera murah, kualiti binaannya hanya terdiri daripada reinforce plastic (plastik kukuh). Tetapi bagi kamera yang mahal-mahal semestinya kualiti binaannya sahaja sudah cukup untuk melambangkan harganya, ini kerana kamera mahal diperbuat dari titanium aloy diselaputi getah tahan lasak, kamera jenis ini juga mempunyai 'seal' disekelilingnya, untuk menjadikan ia kalis cuaca ( bukan boleh direndam dalam air sesuka hati). Contohnya nikon d700,s, d300,s, d3s, x, canon 5d , canon eos 50d dan banyak lagi contoh-contoh ;lain.Dan pada kebiasaanya, kamera jenis ini dilengkapi dengan banyak button short cut dibahagian luarnya, sebenarnya fungsinya sama sahaja dengan kamera entry level cuma short cut ini bertujuan untuk memudahkan photographer setting kamera dengan kadar segera. Ada sebahagian daripada kamera jenis ini tidak mempunyai buit in flash, ini kerana, bagi photographer profesional, built in flash tidak mempunyai banyak setting untuk menjadikan hasil gambar yang lebih kreatif, oleh itu external flash diperlukan bagi flash photography. Tetapi tidak semestinya kamera yang murah itu tidak cantik gambarnya, contohnya kamera nikon d40x dan nikon d80, d5000 dan d90, mereka menggunakan sensor yang sama , jadi hasil gambarnya adalah sama. Bezanaya kamera murah tidak mempunyai built in motor untuk keja-kerja memfokus (bagi nikon). Jadi masalah untuk menggunakan lens yang murah yang tidak mempunyai fokus motor adalah mustahil sama sekali, jadi anda hanya boleh menggunak manual fokus sahaja. Tetapi kebanyakan lens yang ada dipasaran sekarang sudah banyak yang dilengkapi auto fokus motor, tetapi harganya yang sedikit mahal itu kadangkala menjadi penghalang bagi peminat-peminat photography yang beginner. Saya juga menggunakan kamera yang murah, nikon d40x. Tetapi hasil gambar yang baik bukan bergantung kepada harga kamera yang anda gunakan. Renungkanlah,

Sunday, July 11, 2010

Mengambil gambar serangga bukannya benda yang baru dikalangan photographer, tetapi pada yang beginner, tahukah anda bagaimana mengambil gambar serangga ini. Mudah sahaja, anda perlu tahu dimana tempat serangga ini banyak kewujudanya, contohnya di sawah padi, taman bunga, diatas padang bola dan banyak lagi. Sebelum ambil gambar, anda perlulah setting kamera anda terlebih dahulu, test shot kawasan sekitar dahulu,lihat hasilnya. Jika terlebih exposure ajust aperture atau shutter speed (bergantung kepada kreativiti masing-masing). Untuk yang baru belajar. ubah sahaja setting kepada Auto mode. Tapi bagi saya jika menggunakan auto mode, kita tidak boleh belajar. Cari serangga yang sesuai, seperti pepatung, labah-labah, semut kerengga atau sebagainya. Jika anda mahukan shot yang cantik, tangkap gambar semasa matahari terbit, kerana ini akan menghsilkan outline keperangan ( senang cakap menarik..) Jangan terlalu rapat dengan serangga kerana dikhuatiri ia akan lari. Ambil seberapa banyak shot yang boleh, lihat hasilnya, dan ambil yang terbaik.Selamat mencuba.

Setting yang saya pakai untuk gambar diatas
F=8
Shutter speed=1/80
Iso =200

Saturday, July 10, 2010

Bagaimana ambil gambar objek bergerak?

Assalamualaikum, bertemu kita kembali, kali ini saya akan menerangkan bagaimana untuk ambil gambar objek yang bergerak, contoh saya pada kali ini ialah titisan air dari paip di rumah saya.Langkah pertama, anda perlu menggunakan shutter speed yang tinggi,nombor f yang agak besar, dan nilai iso 400. Nilai f anda letak lebih kurang 10, shutter speed dalam 200 ( lebih tinggi lagi baik ) dan tidak lupa pada pengcahayaan yang cukup, gambar ini diambil pada waktu malam, jadi, penggunaan flash sangat di perlukan,mengapa anda menggunakan nilai f 10?, ini bagi menimbulkan fore and back ground gambar dan tidak menjadikan gambar terlebih exposure.Mengapa iso 400? ini kerana semakin laju pergerakan, sensetivity respond kepada perubahan pergerakan pantulan cahaya pada air paip lebih tinggi. Selamat mencuba.

Friday, July 9, 2010

BLUR DEPAN, ATAU BLUR BELAKANG

Herm, bagaimana menghasilkan gambar sebegini, blur belakang subjek, atau blur subjek, sebenarnya ia bergantung pada fokus anda dan nilai aperture.Untuk blurkan latar belakang, anda perlu menggunakan nilai aperture yang besar ( nombor f yang kecil ). Dan untuk blurkan subjek, dan jelaskan latar belakang, anda perlu menggunakan aperture yang kecil ( nombor f yang besar ) , jika anda menggunakan nombor f  yang besar, maka anda perlu rendahkan shutter speed kerana apabila nombor f besar, bukaan cahaya akan berkurangan, maka anda perlu rendahkan shutter speed untuk kumpul lebih banyak cahaya. Sehingga kita bertemu kembali.

Thursday, July 8, 2010

Cara ambil potret budak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kita kembali dalam blog saya ini, lihat gambar diatas ini, perhatikan matanya, bersinar bukan? .Bagaimana mengahasilkan gambar seperti ini?
mudah sahaja anda boleh menggunakan mode manual atau aperture priority, bagi saya, manual mode lebih bebas untuk mengubah setting shutter speed dan aperture, bagi aperture priority pula, anda hanya perlu mengubah nilai aperture yang anda mahukan, disini saya menggunakan nilai aperture 5 (moderate value) ini kerana anda mahu 'blurkan' latar belakangnya. Shutter speed pula tidak perlu tinggi, kerana disini , saya tidak menggunakan flash, shutter speed 15 sudah memadai bagi yang membelakangi matahari, jika gambar terlalu cerah, naikkan lagi nilai shutter speed itu, bagi saya saya lebih gemar step up setengah dari nilai asal, tetapi, ia bergantung kepada kreativiti anda, jika shutter speed rendah, peluang untuk gambar jadi blur memang sangat tinggi, jadi, penggunaan tripod adalah disarankan, jika tidak pun, anda boleh bersandar pada dinding atau yang setara dengannya. Sebarang komen, pembetulan sila kemukakan kepada saya.

Saturday, June 19, 2010

salam, berjumpa lagi kita di blog saya ini, pertama sekali, apa yang terlintas difikiran saya, dan semua yang memiliki kamera slr, cantik sangat ke...gambar yang kamera slr boleh buat..? kebanyakan orang akan kata begini, alah...buat apa nak membazir beli kamera mahal-mahal...function same je...amik gamba gak...bukn best sgt pown....sebenarnya mereka ini silap, bagi sesiapa yang memiliki slr, tidak kira model apa sekalipun..semuanya mampu mengeluarkan gambar-gambar yang menarik "out of frame' ..tapi, bagaimana menghasilkan gambar yang benar-benar cantik? first of all anda mesti tahu menggunakan basic function iaitu...shutter speed, exposure...iso setting..dan aperture.....jika anda mahir ini semua maka insy gambar yang anda hasilkan nanti, memeng betul-betul cantik, anda mesti mahir menggunakan rumus ini...iaitu,
1) Shutter speed (S)
2) Aperture (A)

S=1/A

Rumus ini mudah sahaja, jika S tinggi, maka anda perlu turunkan nilai A (f yang lebih rendah), manakala yang lain-lain seperti iso setting, exposure pula, bergantung pada kreativiti anda sendiri, tetapi secara umumnya iso yang tinggi akan menghasilkan 'noise' yang tinggi, normal iso ialah100 hingga 400
jika lebih tinggi maka gambar akan menghasilkan banyak noise (bintik-bintik pada gambar),exposure pula anda perlu maintain pada nilai '0'(middle)..jangan ubah exposure kerana ia akan mencacatkan gambar anda. Saya lebih suka menggunakn setting manual pada slr saya, kerana ia mengajar anda bagaimana menggunakan se maksima mungkin slr anda.