
Ye persoalan ini memang ada dikalanagan kalian, jawapanya, tidak. Mengapa? kerana pada saya selagi gambar yang dihasilkan kamera tidak distort (rosak). Maka kita tidak perlu mencucinya, perhatian, jangan sekali-kali sentuh sensor kamera anda kerana ia mungkin akan membuatkannya calar, sensor ini umpama bebola mata anda, jika anda kesat mata anda, anda akan rasa pedih dan berair, dan pandanagan anda akan menjadi kabur.Begitu juga halnya dengan sensor kamera ini, jika anda kesatkanya walaupun menggunakan kain yang lembut sekalipn, risiko calar sangat tinggi, dan hasilnya gambar anda tidak akan menjadi. Seelok-eloknya hantarkan ia kepada pusat servis kamera, kerana mereka ada warranty.Antara tanda-tanda sensor kamera anda masuk habuk, terdapat kesan bintik-bintik pada gambar, cuba perhatikan gambar dibawah ini.

Jika di perhatikan dengan teliti gambar di atas mempunyai bintik-bintik asing, sekiranya kamera anda mempunyai simptom-simptom seperti ini, maka lebih baik anda hantar ke pusat servis dan bersihkan sensor anda.
Tetapi, bagi yang kekurangan budget, anda boleh cuci sendiri sensor kamera anda dengan menggunakan turbo blower. Anda picit-picitkan ia dan angin yang agak bertekanan akan membersihkan sensor anda, penggunaan pita selofan juga boleh menghilangkan bintik-bintik ini, Bagaimana? mudah sahaja, anda lekatkan pita selofan pada sensor anda, dan dengan berhati-hati tarik perlahan-lahan, insyaallah habuk-habuk akan melekat pada pita selofan tersebut,( PERHATIAN!!, SEMUA TEKNIK-TEKNIK INI TELAH DICUBA OLEH PENULIS, SEBARANG KEROSAKAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI).